Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan laman sesawang yang menggunakan nama Kerajaan Malaysia, meminta orang awam memuat-turun aplikasi mudah alih yang menggunakan nama Perdana Menteri Malaysia, bagi mendapatkan pakej bantuan COVID-19.
Berdasarkan semakan dan penelitian pihak MCMC, aplikasi tersebut mungkin mengandungi perisian hasad yang seterusnya boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna (phishing).
Untuk menyemak kepastian sesebuah berita yang diterima samada sahih atau tidak, boleh layari https://sebenarnya.my/ untuk pengesahan berita.