Senarai Nombor Talian Telefon Bimbit Pegawai JKM Untuk Bantuan Bekalan Makanan Terputus Dalam Tempoh PKP Adalah Palsu
SEBENARNYA:
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan nombor talian telefon bimbit tular di media WhatsApp adalah nombor talian hotline JKM.
Sebarang urusan berhubung Bantuan COVID-19 dan sumbangan NGO, sila hubungi Bilik Gerakan JKM atau Talian Kasih yang beroperasi 24 jam.
SUMBER:
Untuk menyemak kepastian sesebuah berita yang diterima samada sahih atau tidak, boleh layari https://sebenarnya.my/ untuk pengesahan berita