mcmc
Maklumat Komuniti

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2021 (HKHM 2021)

WEB-BANNER-v3

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2021 adalah bertemakan Malaysia Prihatin seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada 10 Julai 2021. Tema ini dikekalkan seperti tahun lepas. Sambutan rasmi juga akan diadakan secara sederhana dalam norma baharu seperti tahun lepas

Penetapan Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 64/ Hari Malaysia (Malaysia Day) ke 58 tahun 2021 bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia yang memerangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021, Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat nasional bakal dilancarkan secara rasmi di Kuala Terengganu, Terengganu yang dijangka sekitar pertengahan bulan Julai ini.

 

Untuk makluman, tema dan logo sediada telah diperkenalkan pada tahun lepas. Perkataan ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa semua rakyat di seluruh negeri turut bersama-sama dengan kerajaan dalam memerangi COVID-19 tidak kira penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu, semua telah mengambil bahagian memerangi pandamik Covid-19

Dari pihak kerajaan pula, keprihatinan kerajaan dalam memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat ditunjukkan menerusi inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Tidak disangkal lagi bahawa semua program yang dijalankan membantu masyarakat dalam mengharungi keadaan sukar begini.

Sumber teks : https://www.mysumber.com/hari-kebangsaan.html