mcmc
Maklumat Komuniti

POS ONLINE @ Nadi Kg Titi Serong

PENGUMUMAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN BIL MELALUI POS ONLINE @ Nadi Kg Titi Serong
Dimaklumkan bahawa orang ramai kini boleh membuat pembayaran pelbagai jenis bil secara atas talian melalui perkhidmatan POS Online yang disediakan di Nadi Kg Titi Serong. Kemudahan ini bertujuan memudahkan urusan harian komuniti dengan ciri-ciri perkhidmatan yang pantas, selamat dan menjimatkan masa.
💼 Jenis bil yang diterima untuk pembayaran adalah seperti berikut:
-Bil Elektrik
-Bil Air
-Bil Telekomunikasi
-Bil Pihak Berkuasa Tempatan
-Zakat
-Pinjaman Pendidikan
Dan pelbagai jenis bil lain yang berkaitan
📍 Lokasi :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional – Nadi Kg Titi Serong
📞 Maklumat Lanjut:
https://wasap.my/+601165608507/POSMALAYSIA
🌐 Untuk maklumat lanjut berkaitan transaksi atas talian, sila layari: www.posonline.com.my