mcmc
Maklumat Am

MKN menafikan tularan audio yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memukul individu – MKN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan tularan audio yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memukul individu yang keluar rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tindakan ini telah menimbulkan kegusaran awam dan memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan. Tindakan tegas melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikenakan kepada individu yang membuat penularan berita palsu seperti ini. Jangan sebar berita palsu. Lakukan tanggungjawab anda.

 

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan. Sila sertai kumpulan Telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN): https://t.me/MKNRasmi