MAJLIS DAERAH KERIAN
Jarak : 5.1 kilometer
MAJLIS DAERAH KERIAN (MDK) telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 September 1979. Pengisytiharan MDK telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 5 September 1979. Sebelum penubuhan Majlis Daerah Kerian (MDK), satu pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan telah ditubuhkan bagi memainkan fungsi dan peranannya mentadbir dan mengurus pentadbiran di peringkat daerah yang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Kerian pada 1 Julai 1975.
Fungsi:
- Melaksana dan menyelenggara kerja-kerja pengindahan.
- Melaksana dan menyelenggara kemudahan-kemudahan riadah / rekreasi serta landskap.
- Menguruskan persiapan / hiasan / landskap dan lain-lain untuk acara rasmi di peringkat jabatan, daerah dan lain-lain.
- Melaksana dan menguruskan apa-apa tindakan penguatkuasaan yang berkaitan dengan taman dan kemudahan riadah / rekreasi.
Hubungi Kami:
Majlis Daerah Kerian
No.1 Wisma MDK, Jalan Padang,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-7161228
Fax : 05-7169268
E-mel : pentadbiran@mdkerian.gov.my
Sumber: Majlis Daerah Kerian