Maklumat Individu/ Organisasi |
|
||||||||||||
Bentuk perniagaan |
Usahawan yang mengetengahkan perkhidmatan Juru gambar ataupun photografer. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah untuk semua jenis majlis termasuk lah pra perkahwinan, majlis pernikahan, perkahwinan, akikah, dan pelbagaI lagi |
||||||||||||
Kisah kejayaan |
Latar belakang Puan Yati telah bergerak aktif dalam bidang photografer ini kira- kira 5 tahun yang lalu. Pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya bermula dari kawasan Parit Buntar. Lama kelamaan perkhidmatan beliau mula berkembang ke kawasan sekitarnya seperti Titi Serong, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Nibong Tebal, Bandar Baharu dan beberapa tempat lagi di luar daerah. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 – RM 1500 bergantung kepada musim perkahwinan, cuti sekolah dan perayaan. Hal ini kerana pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya terhad apabila mahu melansungkan majlis perkahwinan. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Selepas menghadiri kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet (PI) Kg Titi Serong dan dibimbing oleh petugas PI, beliau dapat menjana pendapatan yang lumayan. Dengan cara dan teknik yang di ajar oleh petugas PI, pendapatan bulanan beliau mencecah RM 5000 – 8000 sebulan. Pendapatan Puan Yati akan meningkat lagi dengan usaha yang dilakukan dalam mempromosi perkhidmatannya dengan cara yang bijak serta peneragan yang berkesan. |
||||||||||||
Penggunaan PI1M |
Apa yang dipelajari melalui PI1M – Mempelajari cara untuk meningkatkan like di Facebook – Mempelajari cara untuk membuat fb ads – Mempelajari cara untuk memasarkan produk menggunakan aplikasi Dashboard komuniti – Mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT – PI1M menyediakan platform untuk menagkap gambar iaitu mini studio. – Pi1M memberi kelas untuk meningkatkan potensi pelanggan untuk membeli produk. – Pi1M memperkenalkan cara untuk berkomunikasi dengan potensi pelanggan agar pelanggan berasa selesa dengan peniaga. |
||||||||||||
Online Platform |
|
Kisah Kejayaan
21 February 2020