mcmc
Maklumat Am

Kesejahteraan Di Waktu Covid-19 – MKN

Ayuh kita amalkan kesejahteraan mental di waktu sukar ini. Amalkan pemikiran yang positif, sejahtera dan sihat untuk kita semua. Kesejahteraan mental kunci kebahagiaan. 

Peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara kita menyebabkan ramai di kalangan kita berasa risau dan bimbang. Namun, kebimbangan melampau dan mencetuskan rasa panik tidak membantu malah boleh menyebabkan seorang individu yang sihat menjadi sakit.
Ini kerana tekanan atau stress akan menyebabkan pengeluaran ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekali gus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan seseorang lebih mudah dijangkiti oleh pelbagai penyakit. Jadi dinasihatkan supaya anda yang berada di rumah untuk keep calm, do things that you love and wash your hands with soap.
#stayhome #stayhealthy #staysafe #fightcovid19together

 

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan. Sila sertai kumpulan Telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)https://t.me/MKNRasmi