mcmc
Maklumat Am

Dakwaan PKP Tahap 3 adalah palsu – MCMC

photo 2020-04-02 20-48-27

Dakwaan Mesej Dari MKN Bahawa PKP Tahap 3 Akan Dilaksanakan Dari 15 April – 15 Mei 2020 Adalah Palsu

SEBENARNYA:

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 3 (PKP 3).

Berita palsu yang tular ini telah mengakibatkan keresahan awam dan suasana tidak senang masyarakat.

MKN mengingatkan, penyebar berita palsu dan berita tidak ditentusahkan akan dikenakan tindakan sewajarnya menurut perundangan.

SUMBER:

Telegram Rasmi MKN

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan. Sila sertai kumpulan Telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN): https://t.me/MKNRasmi

Untuk menyemak kepastian sesebuah berita yang diterima samada sahih atau tidak, boleh layari https://sebenarnya.my/ untuk pengesahan berita.