Apakah virus bahaya selain virus covid-19 yang kita sedang hadapi sekarang ini? Ini adalah virus yang lama telah menularkan dalam masyarakat kita iaitu virus penyebaran berita palsu. Risiko penularan berita palsu ini jauh lebih merbahaya kerana boleh menyebabkan orang menjadi panik dengan berita yang tidak sahih dan negara menjadi kucar-kacir. Sebagai rakyat Malaysia kita harus menjadi rakyat yang bertanggungjawab dengan menghentikkan berita palsu. Berita tidak sahih, jangan dikongsi. Ingat, “Tak pasti jangan Kongsi”.
Untuk menyemak kepastian sesebuah berita yang diterima samada sahih atau tidak, boleh layari https://sebenarnya.my/ untuk pengesahan berita.