mcmc
Maklumat Am

Awas Penjual Ubat Online! – KKM

photo 2020-05-14 22-31-16

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau iklan dan penjualan ubat secara online. Berikut merupakan statistik iklan ubat yang diturunkan daripada platform e-Dagang. Iklan-iklan tersebut melanggar Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Kepada penjual ubat online!

Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan ubat:
1️⃣ Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram)
2️⃣ Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!

#biarbetuliklanni!

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia KKM 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status semasa Covid-19 dan tips cara menghadapi pandemik covid-19, sila sertai kumpulan Telegram KKM – Sihat Milikku: https://t.me/sihatmilikbersama